Sunday, 8 March 2015

Kemalangan Melibatkan Anak Pn Azimah Mahmud

Beginilah keadaannya motosikal yang ditunggangi oleh anak Pn Azimah


Mengerikan...

Sebuah kejadian kemalangan telah berlaku pada 4 Mac 2015 yang melibatkan anak kepada salah seorang sahabat ahli Kelab SMPB72 iaitu Pn Azimah bt Mahmud. Berita telah diperolehi daripada Pn Ruhaizah bt Sahalan, juga salah seorang sahabat ahli Kelab SMPB72. Difahamkan anak lelaki Pn Azimah berusia 16 tahun itu sedang membonceng sebuah motosikal lalu bertembung dengan sebuah kereta yang datang dari arah bertentangan di Kampung Parit Tengah, Rengit, Batu Pahat. Kejadian kemalangan berlaku pada waktu malam ketika hujan renyai-renyai.

Pn Azimah sedang memantau perkembangan anaknya

Beginilah keadaan anak lelaki Pn Azimah yang terlantar di hospital


Mangsa kemalangan tersebut telah dikejarkan ke Hospital Batu Pahat untuk menerima rawatan lanjut mengunakan ambulan. Beliau kini ditempatkan di Wad 4B Katil No 14 di Hospital Batu Pahat. Anak lelaki Pn Azimah masih lagi menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan Parit Betak, Benut, Pontian, Johor. Menurut sumber, beliau mengalami patah dan retak tulang punggung, kebocoran dibahagian paru-paru dan patah tulang peha .

Antara sahabat ahli Kelab SMPB72 yang sempat meluangkan masa melawat di hospital ialah Pn Noraini Wagio, Asri Johari (bersama isteri), Ruhaizah Sahalan dan Yusni.

Dari kiri... Asri bersama isterinya dan Pn Noraini

Pn Noraini dan Pn Azimah ketika berada di Hospital Batu Pahat

Semoga Pn Azimah terus tabah dan bersabar dengan dugaan yang menimpa keluarganya ini. Seluruh warga Kelab SMPB72 berdoa agar anak lelaki Pn Azimah ini akan cepat sembuh dan boleh meneruskan sesi persekolahan seperti biasa, in sya Allah.

Tebuk... Difahamkan saluran ini bertujuan untuk mengeluarkan air dari dalam paru-paru

No comments:

Post a Comment