Bulatan melambangkan roda yang sentiasa berpusing ke atas dan ke bawah. Begitu juga kehidupan manusia di muka bumi ini yang kadangkala berada di bawah (kesusahan) dan juga kadangkala berada di atas (kesenangan). Sekiranya usaha dilakukan, tidak mustahil sesuatu yang sukar dan susah akan menjadi senang dan berjaya. Begitu juga dengan ahli-ahli kelab ini yang senantiasa berputar pusingan hidupnya. Namun berkat usaha yang berterusan, berdoa serta bertawakal kepada Allah, in sha Allah masalah tersebut akan dapat diatasi.
Lencana Sekolah Menengah Kebangsaan Parit Betak yang berada di tengah-tengah logo adalah melambangkan ahli-ahli kelab yang dahulunya pernah menjadi pelajar di sekolah berkenaan. Nama Kelab SMPB72 dibuat berdasarkan kepada ahli-ahlinya yang pernah menuntut di sekolah berkenaan dimana tarikh kelahiran ahli-ahlinya adalah pada tahun 1972. Ringkasan nama Kelab SMPB72 juga dipanggil sebagai KS72. Segi tiga melambangkan dimensi falsafah kelab iaitu muafakat membawa berkat. Segi tiga warna hijau muda melambangkan unsur-unsur semulajadi dan bersifat natural serta menjadikan pegangan agama Islam sebagai teras dan panduan kelab ini.
Latar belakang berwarna merah melambangkan semangat ahli-ahli kelab yang tegas, berani, membara, kuat semangat, berjiwa murni, saling bekerjasama, semangat setiakawan dan berfikiran positif. Warna merah juga melambangkan semangat yang tidak mudah menyerah kalah dan berprinsip.
Motto kelab ini adalah 'Muafakat Membawa Berkat' yang bermaksud ahli-ahli kelab yang senantiasa dan akan bermusyuarah ataupun berbincang terlebih dahulu sebelum melakukan sesuatu misi atau tugasan yang akan dilakukan oleh kelab ini. Apabila ahli-ahli kelab senantiasa bersatu dan bermuafakat maka output dan hasilnya akan memberi pulangan yang positif dan penuh keberkatan.
Latar belakang berwarna biru melambangkan lautan biru yang luas dan terbuka yang juga menuntut ahli-ahli kelab supaya sentiasa berfikiran positif dan terbuka serta berpandangan jauh dalam menangani isu-isu semasa kelab SMPB72 ini.
Bintang yang terletak di atas logo bermaksud ahli-ahli Kelab SMPB72 yang berbakat besar dan berpotensi untuk bersinar seperti bintang di cakerawala sekiranya digilap. Bintang juga melambangkan kebesaran Allah yang diciptakan bagi melengkapkan kejadian alam di dunia ini. Kedudukan bintang diatas logo menunjukkan bahawa ahli-ahli kelab yang meletakkan ciptaan Allah itu sentiasa diatas dan tertinggi berbanding yang lain. 3 biji bintang pula melambangkan 3 pegangan hidup ahli-ahli kelab iaitu ilmu, iman dan amal.
No comments:
Post a Comment