Monday, 16 March 2015

Sesi Teh Tarik Di Rumah Ustazah Shida

Sesi teh tarik... dimalam rewang 

Satu sesi teh tarik telah diadakan di rumah salah seorang ahli Kelab SMPB72 pada 14 Mac 2015 (Sabtu). Sesi tersebut yang diadakan di rumah Ustazah Shida di Kg Parit Betak, Pontian telah dihadiri oleh ahli-ahli kelab ini  sekitar jam 10 malam. Ianya juga bertepatan dengan majlis pertunangan 2 puteri kepada Ustazah Shida dan En Bohairah iaitu Siti Nursyahirahtul Nazreen dan NurAin Syafiqah bt Bohairah yang akan diadakan pada 15 Mac 2015 sekitar jam 2 petang di tempat yang sama.

Bergambar selepas sesi teh tarik

Duduk dari kiri... pasangan tuan rumah Ustzh Shida dan suaminya, En Bohairah.
Manakala berdiri dari kiri... Yusni, Bidin, Masdi, M Noor, Azmi, Samri, Isteri Samri dan Johari.


Majlis tersebut juga diadakan sebagai tanda kesyukuran anaknya iaitu NurAmelina binti Bohairah yang telah berjaya mencapai keputusan cemerlang didalam peperiksaan SPM 2014 yang diumumkan baru-baru ini. Antara sahabat Kelab SMPB72 yang hadir ialah Samri Ismail, Johari Sarkom, Bidin, Noraini Juram, M Noor Sahli, Azmi Jamari, Yusni, Masdi Karjani dan lain-lain lagi. Mereka juga turut bergotong royong memasak dan membantu membuat persiapan majlis pertunangan yang akan diadakan keesokan harinya.

Selamat bertunang kepada kedua-dua pasangan tersebut. Semoga berkekalan jodoh hingga keakhir hayat. In sya Allah. Aamiin...

Sunday, 15 March 2015

Melawat Anak Pn Azimah Di Hospital Batu Pahat

Lawatan ke 2 telah dilakukan oleh Pengerusi Kelab SMPB72 iaitu En Johari bin Sarkom keatas anak kepada Pn Azimah bt Mahmud yang masih terlantar di Hospital Batu Pahat pada 13 Mac 2015. Antara sahabat ahli Kelab SMPB72 yang turut hadir ialah Md Noor bin Sahli, Masdi bin Karjani dan lain-lain lagi. Masih berada di Wad 5B Katil 17, Mohd Akramin dilihat beransur pulih.

Pengerusi kelab turut menyampaikan sedikit sumbangan daripada Kelab SMPB72 kepada Pn Azimah bagi meringankan sedikit beban yang ditanggungnya.



Dalam pada itu, satu lagi lawatan kesini turut dilakukan oleh Samri Ismail dan beberapa lagi sahabat SMPB72 yang lain pada 21 Mac 2015. Samri yang hadir bersama isterinya turut meluahkan rasa simpati keatas kejadian yang menimpa anak Pn Azimah, Mohd Akramin di Wad 5B Katil 17 itu.



Seluruh warga Kelab SMPB72 mendoakan agar kesihatan anak Pn Azimah akan bertambah baik dari semasa ke semasa dan pulih seperti sediakala.

Sunday, 8 March 2015

Kemalangan Melibatkan Anak Pn Azimah Mahmud

Beginilah keadaannya motosikal yang ditunggangi oleh anak Pn Azimah


Mengerikan...

Sebuah kejadian kemalangan telah berlaku pada 4 Mac 2015 yang melibatkan anak kepada salah seorang sahabat ahli Kelab SMPB72 iaitu Pn Azimah bt Mahmud. Berita telah diperolehi daripada Pn Ruhaizah bt Sahalan, juga salah seorang sahabat ahli Kelab SMPB72. Difahamkan anak lelaki Pn Azimah berusia 16 tahun itu sedang membonceng sebuah motosikal lalu bertembung dengan sebuah kereta yang datang dari arah bertentangan di Kampung Parit Tengah, Rengit, Batu Pahat. Kejadian kemalangan berlaku pada waktu malam ketika hujan renyai-renyai.

Pn Azimah sedang memantau perkembangan anaknya

Beginilah keadaan anak lelaki Pn Azimah yang terlantar di hospital


Mangsa kemalangan tersebut telah dikejarkan ke Hospital Batu Pahat untuk menerima rawatan lanjut mengunakan ambulan. Beliau kini ditempatkan di Wad 4B Katil No 14 di Hospital Batu Pahat. Anak lelaki Pn Azimah masih lagi menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan Parit Betak, Benut, Pontian, Johor. Menurut sumber, beliau mengalami patah dan retak tulang punggung, kebocoran dibahagian paru-paru dan patah tulang peha .

Antara sahabat ahli Kelab SMPB72 yang sempat meluangkan masa melawat di hospital ialah Pn Noraini Wagio, Asri Johari (bersama isteri), Ruhaizah Sahalan dan Yusni.

Dari kiri... Asri bersama isterinya dan Pn Noraini

Pn Noraini dan Pn Azimah ketika berada di Hospital Batu Pahat

Semoga Pn Azimah terus tabah dan bersabar dengan dugaan yang menimpa keluarganya ini. Seluruh warga Kelab SMPB72 berdoa agar anak lelaki Pn Azimah ini akan cepat sembuh dan boleh meneruskan sesi persekolahan seperti biasa, in sya Allah.

Tebuk... Difahamkan saluran ini bertujuan untuk mengeluarkan air dari dalam paru-paru