السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
MISI KEMANUSIAAN BANTUAN BENCANA BANJIR
Atas dasar keperihatinan dan semangat persaudaraan sesama islam, Kelab SMPB72 akan memberikan bantuan dan sumbangan kepada mangsa-mangsa bencana banjir yang sedang melanda negara sekarang ini. Kemusnahan harta benda dan nyawa yang sedang mereka alami sekurang2nya akan terubat dengan bantuan yang tidak seberapa ini. Sumbangan berbentuk pakaian, lampin pakaibuang, selimut, makanan, minuman dan sebagainya sangat dialu-alukan. Tumpuan bantuan bencana alam ini akan dilakukan bagi mangsa-mangsa bencana di sekitar Negeri Johor.
Pengumpulan barangan akan dilakukan seperti ketetapan dibawah:
1. Tarikh: Mulai sekarang.
2. Tempat2 Pengumpulan:
- Simpang Renggam/Benut/Pontian (Hubungi: Mohd Johari bin Sarkom 013-7638998).
- Kluang/Batu Pahat/Muar (Hubungi: Mohd Fadzil bin Hj Ngadiman 019-3005373).
- Pasir Gudang/Johor Bahru (Hubungi: Pn Suria bt Karto / Abdul Razak 012-7741567).
3. Masa: 9 pagi - 5 petang.
Penyerahan kepada mangsa-mangsa banjir akan dilakukan pada 3 Jan 2015 oleh ahli-ahli Kelab SMPB72 setelah proses pengumpulan dilakukan. Sukarelawan ahli-ahli Kelab SMPB72 yang ingin menyertai misi ini sangat dialu-alukan.
Bagi yang ingin menyalurkan sumbangan dana, wang boleh disalurkan ke dalam akaun seperti berikut:
1. Maybank : 151025794280 - Mohd Johari bin Sarkom. ATAU,
2. Maybank : 101067064548 - Mohd Fadzil bin Hj Ngadiman. ATAU,
3. Maybank : 151249976365 - Abdul Razak bin Samsuri / Suria bt Karto.
Sebarang pertanyaan sila hubungi pegawai2 diatas.
Marilah kita sama-sama berdoa dan membantu mangsa-mangsa bencana banjir ini walaupun dengan sumbangan RM 1 atau sehelai pakaian untuk mereka. Semoga usaha kita ini diberkati Allah swt dan dapat sedikit sebanyak meringankan beban mereka.
Semoga kesusahan dan kesengsaraan mereka segera ditamatkan dan dipermudahkan segala urusan mereka, in sya Allah. Aamiin.
Sekian, terima kasih.
✨KELAB SMPB72 - MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT✨
Layari: KelabSMPB72.blogspot.com
Copy/paste @ share @ retweet...
Mohon sebarkan.
No comments:
Post a Comment