Tuesday, 9 June 2015

Zuraini Selamat Masuk Hospital


Seluruh warga Kelab SMPB72 mendoakan agar kesihatan Zuraini bin Selamat kembali sihat seperti biasa. Ahli kelab ini dimasukkan ke hospital Pusrawi Kuala Lumpur pada 6 Jun 2015 kerana menghadapi masalah jantung. Beliau dijadualkan akan menjalani pembedahan jantung di hospital berkenaan.

Antara ahli Kelab SMPB72 yang turut menziarahi Zuraini di hospital ialah Suzaini Sulaiman dan Zuraini Jaes. Semoga Zuraini kembali sihat dan dapat menjalankan tugas seperti biasa. Kami mendoakan yang terbaik buat Zuraini.



Monday, 8 June 2015

AJK KELAB SMPB72 TAHUN 2015/2017


AHLI JAWATANKUASA KELAB SMPB72
BAGI TAHUN 2015/2017
(RUJUK MESYUARAT AGONG KELAB PADA 23 MEI 2015)


PENGERUSI:
MOHAMAD JOHARI BIN SARKOM.

TIMBALAN PENGERUSI:
MOHD FADZIL BIN HJ NGADIMAN.

NAIB PENGERUSI:
1. ABD SAMRI BIN ISMAIL.
2. HAMISAH BT MASTOR.

SETIAUSAHA:
SITI RASHIDAH BT SUKEMI.

BENDAHARI:
HJ MOHAMAD YAZID BIN BAKRI.

AJK:
1. AZMI BIN JAMARI.
2. ZANARIAH BT ROHMAN.
3. ABD RAHMAN BIN BACHOK.
4. NORAINI BT WAGIYO.
5. ROSLI BIN KIBAN.
6. ASRI BIN ABBAS.
7. NORAZALI BIN MOHD MUSA.
8. KAMARUDDIN BIN AHMAD.
9. SAIFUL ANUAR BIN SARMANI.
10. MASDI BIN KARJANI.
11. ZAMRI BIN HAMIM.
12. SURIA BT KARTO.
13. MOHD NOOR BIN SAHLI.
14. MOHD RIZAL BIN MOHD BASAR.
15. SITI NORIDAH BT MAREKKE.
16. MOHD JOHARI BIN SHAHRI.
17. FAUZIAH BT SANUDIN.

PEMERIKSA KIRA-KIRA:

1. SITI AMINAH SHAFIE.
2. RUHAIZAH SAHALAN.

Tuesday, 2 June 2015

Khairat Kematian

Ajal boleh tiba bila-bila masa. Sebagai umat Islam kita perlu sentiasa bersedia menghadapi kematian. Namun, sejauh manakah orang ramai terfikir di mana akhirnya pusara mereka selepas jasad bercerai daripada badan? Jika tinggal di kampung, lazimnya tidak wujud masalah kerana memang sudah tersedia tanah perkuburan di kawasan masing-masing. Malah penduduk di desa kenal-mengenali antara satu sama lain. Apabila dengar saja ada kematian mereka bergotong-royong mengurus dan mengebumikan jenazah. Bagaimana pula masyarakat yang tinggal di bandar khususnya di taman perumahan, pangsapuri atau kondominium? Sejauh mana kesedaran orang ramai khususnya golongan muda menyertai badan khairat di kawasan masing-masing atau setidak-tidaknya singgah ke masjid atau surau. Jika mereka tidak pernah berkunjung ke masjid atau mengenali badan khairat di kawasan itu, apakah akan jadi kepada mereka jika ditakdirkan mati. Tambahan pula, mereka tiada waris untuk menguruskannya atau membawa jenazah pulang ke kampung. Memang urusan kematian dilakukan orang yang dihidup. Namun, berdasarkan fenomena zaman ini yang penduduk bandar yang tidak mengenali dengan jiran tetangga, maka sukar untuk mendapatkan kerjasama daripada mereka. Kelab SMPB72  mengupas mengenai kepentingan badan khairat. Justeru, ada kawasan penempatan yang dihuni penduduk Islam menubuhkan badan khairat kematian bagi meringankan beban si mati dan keluarga. Badan khairat kematian biasa diwujudkan oleh pengurusan masjid, surau dan persatuan penduduk setempat tetapi kini, badan bukan kerajaan, koperasi dan institusi pekerjaan turut mempunyai skim tabung khairat kematian untuk ahli dan pekerja mereka. Walaupun kesedaran mengenainya meningkat, masih ada segelintir masyarakat yang mengambil ringan kepentingan khairat kematian kerana menganggap wang simpanan sedia ada sudah cukup menampung urusan pengebumian walhal peranannya lebih besar daripada itu. Bekas Mufti Johor, Datuk Noh Gadut, berkata kesedaran mengenai kepentingan badan khairat sudah lama wujud dalam kalangan masyarakat namun hanya segelintir yang menghayati konsep sebenar penubuhan tabung itu. Menurutnya, kebanyakan individu hanya memahami peranan asas badan khairat sedangkan ia bukan saja terhad kepada urusan pengebumian jenazah. "Secara asasnya, wang khairat kematian diwujudkan bertujuan membantu meringankan beban waris si mati dengan berperanan menyediakan kos untuk urusan kematian termasuk membantu mempercepatkan urusanpengebumian, membiayai kos mandi jenazah, kain kapan, keranda dan upah menggali kubur. "Tetapi sekiranya dilihat dengan lebih dalam, konsep badan khairat juga bertujuan memupuk semangat kerjasama dalam kalangan masyarakat setempat melalui pengurusan jenazah selain memberi peluang kepada mereka mendalami selok-belok pengurusan jenazah umat Islam," katanya ketika dihubungi, barubaru ini. Katanya, jika si mati orang miskin, tabung khairat kematian boleh membantu meringankan beban pengurusan jenazah kerana ada sebahagian mereka yang mati tidak mampu membiayai pengurusan jenazah sendiri. "Bagaimanapun, ini bukan bermakna mereka yang kaya tidak perlu mengambil bahagian kerana mereka berkemampuan membiayai pengurusan jenazah. "Ini kerana antara tujuan tabung khairat adalah meringankan bebanan yang ditanggung ahli, memberikan kemudahan dan sebagai menzahirkan rasa simpati sesama umat Islam," jelasnya. Ketika ditanya mengenai kesedaran generasi muda terhadap perkara itu, Noh berkata, golongan muda perlu sedar kepentingan badan khairat dan memulakannya sejak awal kerana ajal tidak mengenal usia. "Segelintir golongan muda sibuk bekerja siang dan malam, malah langsung tidak kenal erti penatlelah kerana semata-mata mengejar kekayaan. Bagi mereka, apabila mempunyai banyak wang, masa tua nanti mereka boleh berehat dan itu menjadi satu kebahagiaan bagi mereka kerana tidak terlintas untuk menikmati kehidupan pada hari sesudah mati di dunia," katanya. Sementara itu, Timbalan Pengerusi Badan Khairat Bangi Perdana, Adenan Sayan, berkata kesedaran masyarakat terhadap kepentingan badan khairat kebanyakan membabitkan golongan berumur. Jangan abai tuntutan Katanya, biasanya golongan muda lebih menumpukan perhatian dalam usaha mengukuhkan status kewangan dengan pelaburan, pembelian kereta dan rumah kerana ada yang menganggap mereka masih mempunyai banyak masa membuat persediaan menghadapi kematian. "Bagaimanapun, kesibukan mencari rezeki tidak boleh dijadikan penyebab untuk membolehkan kita mengabaikan tuntutan Allah SWT. "Sementara masih hidup, guna dan pastikan harta kekayaan dimanfaatkan sepenuhnya untuk dunia dan akhirat," katanya. Berpegang kepada matlamat memberikan kemudahan kepada penduduk untuk menguruskan pengebumian jenazah, Adenan berkata masyarakat perlu membezakan tabung khairat kematian dan wang simpanan sendiri. "Tabung khairat kematian bukan saja membabitkan pemberian wang tunai untuk pengurusan jenazah malah segala urusan akan dikendalikan sepenuhnya pihak pentadbir badan termasuk kenduri tahlil pada malam pertama kematian di rumah si mati," jelasnya. Beliau turut menasihatkan umat Islam agar mula mendaftar sebagai ahli badan khairat berikutan kos pengurusan jenazah yang semakin meningkat dari semasa ke semasa.

Monday, 1 June 2015

Majlis Walimatul Urus Cikgu Masamah

Dari kiri... Johari, Cikgu Shamsudin, Cikgu Masamah dan Fadzil
Majlis menyambut menantu telah diadakan dirumah cikgu Masamah dan cikgu Shamsudin pada 31 Mei 2015 yang lalu. Majlis yang diadakan di rumahnya di Jalan Parit Betak turut dihadiri oleh rakan-rakan ahli Kelab SMPB72. Jarak bukan penyebab untuk kita memenuhi undangan. Antara ahli kelab yang telah hadir ialah Johari, Fadzil, Hamisah dan lain-lain lagi.

Kami seluruh warga Kelab SMPB72 mendoakan agar pasangan mempelai yang diraikan ini hidup berbahagia dan berkekalan jodoh hingga ke syurga. In sha Allah. Aamiin...

MESYUARAT AGONG KELAB SMPB72 TAHUN 2015




Mesyuarat agong Kelab SMPB72 bagi tahun 2015 telah diadakan pada 13 Mei 2015 bertempat di Sek Men Keb Parit Betak, Benut, Pontian, Johor.

Mesyuarat telah dihadiri oleh AJK Penaja dan ahli-ahli Kelab SMPB72 yang datang dari pelbagai destinasi. Mereka datang dengan niat dan tujuan yang murni iaitu untuk memilih dan melantik AJK Kelab SMPB72 bagi tahun 2015/2017. Selain dari itu, kehadiran mereka semua juga tidak lain dan tidak bukan adalah untuk mengeratkan lagi tali silaturrahim persahabatan antara ahli kelab ini.


Selain dari memilih dan melantik AJK Kelab SMPB72 bagi tahun 2015/2017, mesyuarat juga membincangkan rancangan aktiviti tahunan yang akan dijalankan sepanjang tahun. Pelbagai juadah juga ada disediakan untuk dijamu oleh ahli-ahli mesyuarat selepas mesyuarat dijalankan.


Semoga barisan AJK yang telah terpilih dalam mesyuarat agong ini dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan baik dan efisien dalam menaikkan imej dan fungsi Kelab SMPB72 ini, in sha Allah. Jutaan terima kasih kepada ahli-ahli kelab yang sudi hadir dan sekalung tahniah kepada barisan AJK yang terpilih!




Monday, 16 March 2015

Sesi Teh Tarik Di Rumah Ustazah Shida

Sesi teh tarik... dimalam rewang 

Satu sesi teh tarik telah diadakan di rumah salah seorang ahli Kelab SMPB72 pada 14 Mac 2015 (Sabtu). Sesi tersebut yang diadakan di rumah Ustazah Shida di Kg Parit Betak, Pontian telah dihadiri oleh ahli-ahli kelab ini  sekitar jam 10 malam. Ianya juga bertepatan dengan majlis pertunangan 2 puteri kepada Ustazah Shida dan En Bohairah iaitu Siti Nursyahirahtul Nazreen dan NurAin Syafiqah bt Bohairah yang akan diadakan pada 15 Mac 2015 sekitar jam 2 petang di tempat yang sama.

Bergambar selepas sesi teh tarik

Duduk dari kiri... pasangan tuan rumah Ustzh Shida dan suaminya, En Bohairah.
Manakala berdiri dari kiri... Yusni, Bidin, Masdi, M Noor, Azmi, Samri, Isteri Samri dan Johari.


Majlis tersebut juga diadakan sebagai tanda kesyukuran anaknya iaitu NurAmelina binti Bohairah yang telah berjaya mencapai keputusan cemerlang didalam peperiksaan SPM 2014 yang diumumkan baru-baru ini. Antara sahabat Kelab SMPB72 yang hadir ialah Samri Ismail, Johari Sarkom, Bidin, Noraini Juram, M Noor Sahli, Azmi Jamari, Yusni, Masdi Karjani dan lain-lain lagi. Mereka juga turut bergotong royong memasak dan membantu membuat persiapan majlis pertunangan yang akan diadakan keesokan harinya.

Selamat bertunang kepada kedua-dua pasangan tersebut. Semoga berkekalan jodoh hingga keakhir hayat. In sya Allah. Aamiin...

Sunday, 15 March 2015

Melawat Anak Pn Azimah Di Hospital Batu Pahat

Lawatan ke 2 telah dilakukan oleh Pengerusi Kelab SMPB72 iaitu En Johari bin Sarkom keatas anak kepada Pn Azimah bt Mahmud yang masih terlantar di Hospital Batu Pahat pada 13 Mac 2015. Antara sahabat ahli Kelab SMPB72 yang turut hadir ialah Md Noor bin Sahli, Masdi bin Karjani dan lain-lain lagi. Masih berada di Wad 5B Katil 17, Mohd Akramin dilihat beransur pulih.

Pengerusi kelab turut menyampaikan sedikit sumbangan daripada Kelab SMPB72 kepada Pn Azimah bagi meringankan sedikit beban yang ditanggungnya.



Dalam pada itu, satu lagi lawatan kesini turut dilakukan oleh Samri Ismail dan beberapa lagi sahabat SMPB72 yang lain pada 21 Mac 2015. Samri yang hadir bersama isterinya turut meluahkan rasa simpati keatas kejadian yang menimpa anak Pn Azimah, Mohd Akramin di Wad 5B Katil 17 itu.



Seluruh warga Kelab SMPB72 mendoakan agar kesihatan anak Pn Azimah akan bertambah baik dari semasa ke semasa dan pulih seperti sediakala.

Sunday, 8 March 2015

Kemalangan Melibatkan Anak Pn Azimah Mahmud

Beginilah keadaannya motosikal yang ditunggangi oleh anak Pn Azimah


Mengerikan...

Sebuah kejadian kemalangan telah berlaku pada 4 Mac 2015 yang melibatkan anak kepada salah seorang sahabat ahli Kelab SMPB72 iaitu Pn Azimah bt Mahmud. Berita telah diperolehi daripada Pn Ruhaizah bt Sahalan, juga salah seorang sahabat ahli Kelab SMPB72. Difahamkan anak lelaki Pn Azimah berusia 16 tahun itu sedang membonceng sebuah motosikal lalu bertembung dengan sebuah kereta yang datang dari arah bertentangan di Kampung Parit Tengah, Rengit, Batu Pahat. Kejadian kemalangan berlaku pada waktu malam ketika hujan renyai-renyai.

Pn Azimah sedang memantau perkembangan anaknya

Beginilah keadaan anak lelaki Pn Azimah yang terlantar di hospital


Mangsa kemalangan tersebut telah dikejarkan ke Hospital Batu Pahat untuk menerima rawatan lanjut mengunakan ambulan. Beliau kini ditempatkan di Wad 4B Katil No 14 di Hospital Batu Pahat. Anak lelaki Pn Azimah masih lagi menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan Parit Betak, Benut, Pontian, Johor. Menurut sumber, beliau mengalami patah dan retak tulang punggung, kebocoran dibahagian paru-paru dan patah tulang peha .

Antara sahabat ahli Kelab SMPB72 yang sempat meluangkan masa melawat di hospital ialah Pn Noraini Wagio, Asri Johari (bersama isteri), Ruhaizah Sahalan dan Yusni.

Dari kiri... Asri bersama isterinya dan Pn Noraini

Pn Noraini dan Pn Azimah ketika berada di Hospital Batu Pahat

Semoga Pn Azimah terus tabah dan bersabar dengan dugaan yang menimpa keluarganya ini. Seluruh warga Kelab SMPB72 berdoa agar anak lelaki Pn Azimah ini akan cepat sembuh dan boleh meneruskan sesi persekolahan seperti biasa, in sya Allah.

Tebuk... Difahamkan saluran ini bertujuan untuk mengeluarkan air dari dalam paru-paru

Tuesday, 24 February 2015

Makcik Kepada Saripah Salikin Dalam Slot Masakan TV 3

Pengacara Karl Shafek bersiaran bersama Pn Faridah dalam slot Aroma Tradisi di TV 3

Sebuah rancangan masakan terbitan TV 3 kali ini membuat liputan di Kg Parit Tengah, Seri Merlong, Rengit, Batu Pahat, Johor. Rancangan popular masakan terbitan TV swasta itu, AROMA TRADISI yang keudara pada 25 Feb 2015 mulai jam 11.30 pagi dikendalikan oleh hos terkenal TV 3 iaitu Karl Shafek. Menariknya, individu pilihan bagi rancangan masakan itu ialah Puan Faridah bt Mohd Yunus, iaitu makcik kepada salah seorang sahabat ahli Kelab SMPB72 iaitu Pn Saripah bt Salikin.

Sentuhan masakan melalui menu pilihan kali ini bercirikan masakan kampung. Keistimewaan menu masakan Pn Faridah ini adalah kerana keunikkan rasanya yang sukar dicari ditempat lain.

Tahniah diucapkan kepada Pn Faridah dari Kampung Parit Tengah, Batu Pahat ini. Semoga paparan dikaca TV ini dapat mempromosikan kampung tersebut sekaligus memperkenalkan produk masakan dari penduduk kampung ini ke persada nasional.

Saripah Salikin... kini bergelar usahawan kek yang berjaya

Saturday, 21 February 2015

Majlis persandingan adik perempuan Hamdan bin Othman

Majlis tersebut telah diadakan pada Sabtu 21 Feb 2015 di alamat no 26A, Jalan Besar, Kg. Permatang Duku, 82210, Benut, Pontian, Johor. 

Pisang berangan... Ole-ole daripada Hamdan kepada sahabat-sahabat yang hadir


Antara sahabat Kelab SMPB72 yang turut hadir adalah Johari Sarkom, Azmi Jamari, Mohd Fadzil, Ustzh Shida dan lain-lain lagi. Terima kasih diatas layanan yang diberikan oleh Hamdan dan penyambut tetamu kerana kesudian melayani kehadiran sahabat-sahabat Kelab SMPB72.

Selepas menjamu selera

Shida turut hadir bersama suami tercinta

Dari kiri... Johari, Syazwan (anak Fadzil), Fadzil, Azmi, Hamdan, Bohairah (suami Shida) dan Shida


Seluruh warga Kelab SMPB72 mendoakan agar pasangan mempelai yang bersanding ini dikurniakan jodoh yang berkekalan sehingga ke akhir hayat, in sya Allah. Aamiin.

Tarian zapin turut dipersembahkan didalam majlis ini