Page

Thursday, 1 January 2015

Logo Rasmi Kelab SMPB72

Identiti dan imej sesebuah organisasi kerapkali dikaitkan serta digambarkan dengan logonya yang unik dan tersendiri. Logo tersebut sedikit sebanyak dapat memberikan gambaran secara am tentang sesuatu organisasi tersebut.

Begitu juga dengan Kelab SMPB72 ini. Setelah tertubuhnya Kelab SMPB72 pada Julai 2014 yang lalu, tiada logo rasmi kelab ini diletakkan sebagai trade mark yang mencerminkan imejnya yg tersendiri.

Justeru, kelab ini telah mengambil titik mula mencorakkan imej dengan mengadakan pertandingan mencipta logo kelab ini. Sebanyak 18 penyertaan telah dipertandingkan dimana peserta-peserta pertandingan terdiri daripada ahli-ahli Kelab SMPB72 itu sendiri. Setiap logo yang dicalonkan dikehendakki mempunyai kriteria yang telah ditetapkan bagi melambangkan kelab itu secara keseluruhan serta mempunyai maksud disebalik bentuk, corak dan warna yang terdapat pada logo berkenaan.

Setelah 2 bulan pertandingan dibuka mulai bulan Oktober hingga Disember, maka tibalah masa yang ditunggu-tunggu oleh semua ahli kelab. Logo manakah yang akan menjadi pemenang sekaligus akan dinobatkan sebagai logo rasmi Kelab SMPB72 nanti.

Masanya telah tiba. Undian telahpun dijalankan. Para juri telahpun membuat keputusan. Dengan rasminya kini logo Kelab SMPB72 adalah seperti yang tertera dibawah.



Logo ini telah dicipta oleh ahli kelab ini iaitu En Mohd Fadzil bin Hj Ngadiman. Dengan maksud yang begitu signifikan dan sesuai, ianya telah dijadikan logo rasmi kelab ini dengan imejnya yang tersendiri. Tahniah diucapkan kepada beliau.

Definasi dan penerangan logo Kelab SMPB72 boleh dibaca di sini. Sila klik sini

No comments:

Post a Comment