Page

Tuesday, 17 February 2015

Zamri Buang Masuk Hospital

Sumber dipetik dari Pengerusi Kelab SMPB72, Mohd Johari Sarkom, memaklumkan bahawa sahabat ahli Kelab SMPB72 iaitu Sdr Zamri bin Buang telah dimasukkan ke dalam wad di Hospital Pontian kerana disyaki dijangkiti penyakit kencing tikus. Beliau yang dimasukkan ke hospital berkenaan pada 17 Feb 2015 dilaporkan dalam keadaan stabil.

Difahamkan juga bahawa Sdr Zamri hanya tinggal semalaman sahaja di wad berkenaan dan dibenarkan pulang ke rumah pada hari berikutnya. Seluruh warga Kelab SMPB72 mendoakan agar Sdr Zamri akan cepat sembuh dan dapat menjalankan tugas hariannya seperti sediakala, in sya Allah. Aamiin.


No comments:

Post a Comment